Search This Blog

Salam Maal Hijrah 1431

.....

Salam Maal Hijrah 1431 untuk semua pembaca blog wanorizan.com beragama Islam. Selamat tahun baru (in advance) untuk semua pembaca blog ini.

Sempena awal Muharam ini terimalah lagu nasyid Maal Hirah dari Al Ajiba ini. Lagu yang berkumandang setiap kali sambutan Maal Hijrah diadakan. Cik Wan tak tahu tahun bila lagu ni dibuat tapi dari zaman sekolah lagi (lebih belasan tahun yang lalu… hehe) lagu ni dah popular.



Satu Muharram Detik Permulaan
Perkiraan Tahun Islam Hijrah
Perpindahan Nabi dan Umat Islam
Dari Kota Makkah ke Kota Madinah

Atas Keyakinan dan Iman Yang Teguh
Kaum Muhajirin dan Ansar Bersatu
Rela Berkorban Harta dan Nyawa
Demi Menegakkan Islam Tercinta

Hijrah Itu Pengorbanan
Hijrah Itu Perjuangan
Hijrah Itu Persaudaraan
Hijrah Membentuk Perpaduan

Oleh Itu Mari Semua
Kita Sambut Maal Hijrah
Tingkatkan Semangat Tegakkan Syiar Islam
Untuk Sepanjang Zaman

Sempena Maal Hijrah dan tahun baru 2010 ni, Cik Wan ada 3 cita2 untuk dicapai.

1) Nak jadi lebih berdisiplin dalam penjagaan kesihatan
- dapatkan berat badan ideal
- jauhi makanan alahan, makan makanan seimbang
- minum air kosong paling kurang 3 liter sehari

2) Nak dapatkan pendapatan RM10k sebulan
- kena ada STRATEGI!
- DISIPLIN!
- FOCUS!
- Pergi Umrah bila tercapai target

3) Berumah Tangga
- dah ada rumah, ada tangga untuk naik ke rumah tapi belum ada pasangan hidup… :-(
- nak cari yang serasi, ikhlas, telus dan masing-masing boleh menerima kelebihan dan kelemahan diri seadanya… hehe..
- Kita hanya merancang, Allah yang tentukan… Allahualam

Kalau tak tercapai salah satu pon Alhamdulillah…. Kerana Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk diri ini…

Balang mayonis, bola golf, batu kecil, pasir dan 2 cawan kopi

.....


Kisah motivasi ini diterjemahkan dari kisah ‘the mayonnaise jar and 2 cups of coffee


Apabila kehidupan menjadi semakin sukar, apabila tempoh 24jam sehari tidak mencukupi, ingatlah balang mayonis dan 2 cawan kopi.

Seorang professor berdiri di dalam kelas filosopinya dan terdapat beberapa benda di depannya. Semasa kelas bermula, professor tersebut tanpa berkata apa-apa, mengambil sebiji balang mayonis kosong yang besar dan mengisinya dengan bola-bola golf hingga penuh.

Professor bertanya kepada pelajar-pelajarnya adakah balang tersebut penuh. Pelajar-pelajarnya setuju balang tersebut adalah penuh.

Kemudian professor itu mengambil sekotak batu kecil dan masukkan ke dalam balang tersebut. Beliau menggoncangkan sedikit balang tersebut. Batu-batu kecill tersebut memenuhi ruang kosong antara bola golf.

Professor bertanya kepada pelajar-pelajarnya adakah balang tersebut penuh. Pelajar-pelajarnya setuju balang tersebut adalah penuh.

Kemudian professor itu mengambil sekotak pasir dan tuangkan ke dalam balang. Sudah tentu pasir tersebut mengisi ruang-ruang kosong hingga penuh. Professor bertanya sekali lagi kepada pelajar-pelajarnya adakah balang tersebut penuh. Pelajar-pelajarnya berkata ‘ya’.

Professor itu kemudiannya membuat 2 cawan air kopi dari bawah mejanya dan menuangnya ke dalam balang tadi. Air kopi itu memenuhi ruang kosong antara pasir. Para pelajar ketawa melihatnya.

'Sekarang,' kata professor itu, ketawa peajar semakin reda,
'Saya mahu kamu andaikan bahawa balang ini mewakili kehidupan kamu. Bola-bola golf mewakili perkara-perkara penting dalam kehidupan kamu seperti keluarga, anak-anak, kesihatan, kawan-kawan dan impian kamu, iaitu perkara-perkara yang tinggal bila kamu kehilangan segala-galanya, kehidupan kamu masih penuh bererti.

Batu-batu kecil adalah perkara-perkara lain seperti pekerjaan, rumah dan kereta.

Pasir pula ialah perkara-perkara lain – perkara-perkara kecil yang remeh .

'Jika kamu memasukkan pasir ke dalam balang dahulu, pasti tidak dapat isi bola golf dan batu kecil,'
Sambungnya lagi, 'tiada ruang lagi untuk batu kecil dan bla golf’.

Samalaha seperti kehidupan.

Jika kamu membuang masa dan tenaga kamu atas perkara-perkara remeh, kamu tidak akan ada ruang untuk perkara-perkara yang pentig dalam kehidupan kamu.

Jadi...

Tumpukan perhatian kepada perkara-perkara utama untuk kebahagian kamu. Bermainlah dengan anak-anak kamu. Luangkan masa untuk melakukan pemeriksaan kesihatan. Luangkan masa untuk makan bersama pasangan anda.

Masa untuk membersihkan rumah dam membaiki kerosakan sentiasa ada.

'Ambil berat pada bola-bola golf dahulu. – Iaitu perkara-perkara yang mustahak dalam kehidupan. Sediakan ruang untuk perkara yang mustahak dahulu. Lain-lain perkara Cuma pasir sahaja.'

Salah seorang pelajarnya angkat tangan dan bertanyakan tentang 2 cawan kopi yang dimasukkan pada akhir sekali.

Professor terseyum.. ‘saya gembira kamu bertanya’

‘Itu menunjukkan kamu bahawa tidak kira bagaimana kelihatan penuh pon hidup kamu, sentiasa ada ruang untuk beberapa cawan kopi dengan seorang kawan.'

Cheap Ferrari Car

.....

Anda ingin memiliki kereta Ferrari?

Sekarang anda boleh memiliki kereta Ferrari seperti dalam gambar di atas dengan harga kurang dari RM10,000.00.

Tak percaya?

Belajarlah dari orang Oman ni cara untuk buat kereta Ferrari dari kereta buruk dan papan plywood.



Sila klik pada gambar untuk nampak lebih jelas...



Luar Ferrari... dalam setinggan... hehe


Cinta umpama menunggu bas

.....
Artikel ni dapat melalui kiriman email. Rasa cam menarik untuk dikongsi di sini... ;-)

Tahu tak, cinta sebenarnya sama seperti seseorang yg menunggu bas. Bila bas tu datang, awak nengok bas tu dan awak kata pada diri awak,

"Eee... penuhnya... tak de tempat duduk."

Jadik, awak katakan pada diri awak,

"Saya akan tunggu bas yg lain."

Awak pun biarkan bas tu berlalu dan awak tunggu pulak bas yg lain. Kemudian, datang pulak bas yg kedua.Awak nengok bas tu dan awak akan cakap,

"Eee... bas ni buruk sgt... mesti tak selesa. Dan mungkin bas ni akan rosak kat tengah jalan."

Jadi, awak pun biarkan bas buruk tu berlalu dan awak
bercadang untuk tunggu bas yang seterusnya. Setelah
beberapa ketika, datang lagi sebuah bas. Bas yg datang tu kosong, tak penuh dan tak seburuk bas yg tadi tapi kali ni awak kata,

"Emmm.... takde air-cond... cuaca pulak panas. Lebih baik saya tunggu bas yg lain."

Dan sekali lagi awak biarkan bas tu berlalu dan awak bercadang utk menanti bas yg seterusnya. Tiba-tiba awan mula gelap, cuaca semakin mendung dan baru awak perasan yg awak pula dah terlambat rupanya. Awak mula panik dan terus naik bas yg datang ketika itu, walaupun bas itu tak sebegitu sempurna. Dan kemudian barulah awak sedar bahawa... awak dah naik bas yg salah.

Jadi, selama ni awak dah membazir banyak masa dan wang untuk menunggu apa yg awak nak. Walaupun yg datang tu adalah bas yang berair-cond, adakah awak dpt pastikan bahawa bas tu tak akan rosak di tengah jalan atau mungkin bas tu tak terlalu sejuk untuk awak? Jadik, (terutamanya golongan perempuan) lelaki pun samalah mengingini apa yg awak idamkan tu memang tak salah. Tapi, tak salah juga kalau anda sanggup memberi satu peluang pada orang lain, kan?

Sekiranya awak dapati "bas" itu tak sesuai dengan awak, apa yg perlu awak lakukan hanya tekan loceng dan turun daripada bas tu. Tapi... saya pasti awak semua tentu ada pengalaman yg macam ni. Awak nampak sebuah bas datang (tentulah bas yg awak nanti-nanti kan), awak tahan bas tu >>tapi pemandu bas tu pulak buat tak faham dan pura-pura buat tak nampak awak dan terus berlalu tinggalkan awak! Hahahaha.... Bila ada bas yang lalu melintasi saya macam tu, apa yang saya lakukan ialah BERJALAN!

Bodoh sebenarnya untuk mengejar bas tu sebab setiap kali, awak akan terjatuh dan menyakiti diri awak sendiri. Jadi, bercinta tu adalah ibarat menunggu bas, sama ada awak nak naik dan beri peluang pada bas tu... semuanya terpulang pada diri awak. Dan bila awak berjalan, awak sebenarnya cuba melarikan diri daripada cinta!



Keluarkan Wang dari Akaun PayPal menerusi bank tempatan Malaysia

.....
Untuk mengeluarkan wang dari akaun PayPal ke bank tempatan, anda perlu mendaftarkan akaun bank anda di PayPal. Pendaftaran tersebut memerlukan kod MEPS bank (MEPS Bank Routing Code) dan nama bank (Bank Name).

Di bawah adalah senarai nama bank tempatan di Malaysia yang menerima transaksi dari PayPal berserta "MEPS Bank Routing Code”.


Nama Bank (MEPS Bank Routing Code)
AFFIN BANK BERHAD (PHBMMYKL)
ALLIANCE BANK MALAYSIA BERHAD (MFBBMYKL)
AMBANK BERHAD (ARBKMYKL)
BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD (BIMBMYKL)
BANK KERJASAMA RAKYAT BERHAD (BKRMMYK1)
BANK MUAMALAT BERHAD (BMMBMYKL)
BANK OF AMERICA (BOFAMY2X)
BANK SIMPANAN NASIONAL (BSNAMYK1)
CIMB BANK BERHAD (CIBBMYKL)
CITIBANK BERHAD (CITIMYKL)
DEUSTCHE BANK (DEUTMYKL)
EON BANK BERHAD (EOBBMYKL)
HONG LEONG BANK BERHAD (HLBBMYKL)
HSBC BANK MALAYSIA BERHAD (HBMBMYKL)
MALAYAN BANKING BERHAD (MBBEMYKL)
OCBC BANK (M) BERHAD (OCBCMYKL)
PUBLIC BANK BERHAD (PBBEMYKL)
RHB BANK BERHAD (RHBBMYKL)
STANDARD CHARTERED BANK MSIA BHD (SCBLMYKX)
THE ROYAL BANK OF SCOTLAND BERHAD - RBS (ABNAMYKL)
UNITED OVERSEAS BANK (UOVBMYKL)

Duit dari PayPal boleh dipindahkan ke akaun bank Malaysia!

.....

Tahukah anda... sekarang anda boleh mengeluarkan duit dari akaun PayPal terus ke akaun bank anda. Yang bagusnya, transaksi melebihi RM400.00 tidak dikenakan sebarang bayaran perkhidmatan. Untuk transaksi kurang dari RM400.00, bayaran perkhidmatannya hanya RM3.00 sahaja.

Jom jualbeli barang online guna akaun PayPal.

SpongeBob SquarePants Tiruan!

.....

Tahukah anda terdapat karakter Sponge Bob tiruan di alam maya ini?
Watak tiruan itu adalah 'SpongeBong HempPants'.

Pada namanya saja sudah tahu barang tiruan.... heheh
Sama kes seperti jenama 'Swatch' menjadi 'Ewatch'
Biasanya barang tiruan pon ada grade.
Untuk kes 'SpongeBong HempPants' ini saya bagi grade C sebab karakternya huduh, berwarna hijau dan nampak macam busuk... heheh

Ini adalah salah satu siri 'SpongeBong HempPants' dari Youtube:



Penyampaian dari segi cara hidup karakter dan jalan cerita 'SpongeBong HempPants' tidak sesuai untuk tontonan kanak-kanak. Kehidupan Sponge yang rosak akhlak. Jadi janganlah kasi kanak2 tengok kartun 'SpongeBong HempPants' nih. Tengok kartun SpongeBob takper..

Jika anda peminat kartun SpongeBob SquarePants, anda pasti terhibur dengan persembahan the real SpongeBob SquarePants di http://sponge-bob-vblog.blogspot.com

;-)

$aya Tidak Mahu Kaya Tetapi Harus Kaya

.....

Sekarang saya sedang membaca buku motivasi bertajuk "$aya Tidak Mahu Kaya Tetapi Harus Kaya" oleh pendakwah terkenal dari Indonesia yang saya kagumi iaitu KH Abdullah Gymnasiar atau lebih dikenali dengan panggilan Aa Gym.

Islam menggalakkan kita menjadi kaya. Kekayaan adalah anugerah Tuhan. Dengan kekayaan kita dapat memajukan ummah.

Semua orang boleh menjadi kaya kerana kekayaan itu bukanlah kekayaan harta semata-mata. Buku ini memberi tips yang berguna untuk menjadi kaya dan bahagia

Buku ini menaikkan semangat orang Muslim untuk menjadi kaya. Rahsia kekayaan harta dan kehidupan bahagia ialah mengamalkan formula GIGIH+H. Anda boleh dapatkan buku ini di kedai buku seperti Popular & MPH pada harga RM19.00.
Related Posts with Thumbnails

Followers