Search This Blog

Tanah Kubur musim 7

.....

Siri Tanah Kubur skrg ditayangkan di astro aosis 106 setiap 7.30pm hari Jumaat. Cerita ni dapat byk sangat sambutan agaknya, sbb tak sampai 7 tahun dah masuk musim ke 7... oh pantas. Apa yg sy sampaikan ni mgkn hanya difahami oleh org2 yg follow citer ni.

Cerita2 tanah Kubur dibuat dgn pantas.. jadi mcm tak berkualiti. Boleh dikatakan secara kiraan kasar... 90% cerita 'ending'nya jenazah bertukar menjadi hitam kebiruan, busukberulat... lepas dikebumikan akan menjerit kesakitan atau minta tolong. Pastu tak kira jenazah tu baik atau tak, org2 yg melawat jenazah tak ramai ...muka2 yg sama je, tak pulak ada episod muka2 yg selalu keluar tu jadi jenazah... 

Ada beberapa episod buat gimik... konon Tok Adi dah nak mati.. kena busung... kena tikam... tapi ajalnya masih panjang. Rasanya kalau dimatikan watak TokAdi ni, mungkin ramai yg stop follow citer ni. Takpelah...   rencah pembuat cerita yg memang boleh diagak.

Cuma sy harap org yg buat cerita tanah kubur ni study betul2 tentang pengurusan jenazah. Sampaikanlah juga ilmu bermanfaat berkaitan pengurusan jenazah.... bukan setakat nak tunjuk balasan yg diterima jenazah di saat akhir hayat. Tunjuk balasan dengan terlampau menjadikan cerita ni nampak sangat mengarut.

Lagi satu... byk juga yg ditunjukkan kena balasan tu mcm kurang kena dan boleh memberikan impak negatif terutama kepada golongan kanak2 & awal remaja. Antara contoh yg pernah sy tonton episod mak pilih kasih yg mati mengejut. Jenazahnya terus keras, mata terbeliak & kebiruan. Jenazah menjadi normal setelah terima kemaafan dari anaknya...  Kenapa nak tunjukkan balasan yg teruk kpd seorg ibu kandung? Macam mana jahat atau pilih kasih ibu terhadap anaknya, anak2 wajib ikut cakap ibunya selagi arahannya tidak melanggar syarak. Allah maha adil... janganlah tunjukkan balasan yg terlampau.... dah kira fitnah terhadap Allah.

Apa2pon apa yg dicoretkan ini  sekadar pendapat pribadi .... maaf jika ada yg tak setuju...





Related Posts with Thumbnails

Followers